SAHABAT ! ikhlas dari saya :)

andai saya buatkan awak marah, awak marahlah saya,saya xkisah sebab saya tahu salah saya..

andai saya terkasar dengan awak, saya harap awak tidak terasa dengan apa yang saya lakukan..

andai saya melukakan hati awak, saya harap awak memaafkan saya..

andai saya menyusahkan awak, saya janji akan cuba untuk memperbaikinya..



jika awak bencikan saya, jujurlah dengan saya, saya terima dengan hari yang terbuka..jika awak sudah tidak sudi berkawan dengan saya, jujur dengan saya, saya akan pergi jauh dari kehidupan awak..

jika awak rasa saya menjengkelkan, saya harap awak memaafkan saya dan tolonglah tegur saya..



jika saya pernah melukakan hati awak,

jika saya pernah terkasar dengan awak,

jika saya pernah menyakiti dan melukakan hati awak,

saya janji saya tidak akan mengulanginya buat kali kedua..





persahabatan antara saya dan awak amat bermakna dalam hidup saya..

perkenalan saya dengan awak menjadikan saya lebih menghargai sesuatu persahabatan..

saya harap persahabatan antara kita tidak akan terhenti setakat ini sahaja..





maafkan saya jika saya tidak seperti yang awak harapkan..

saya cuma manusia biasa yang tidak putus melakukan kesalahan..

saya akan cuba untuk memperbaiki diri saya untuk menjaga persahabatan kita..

saya mahu awak tahu bahawa awak adalah anugerah tuhan yang tak ternilai dalam hidup saya..

awak ! terima kasih sebab awak sudi berkawan dengan saya.. ^,^

0 comments:

 
Copyright© hak cipta terpelihara dari APIZ.FlyBeaTs